Wednesday 18 November 2015

Petua Merawat Penyakit Darah Tinggi

 

Terdapat beberapa Petua Tradisional Untuk Ubat Penyakit Darah Tinggi  yang diamalkan khas buat pengidap penyakit darah tinggi. Di sini saya ingin berkongsi petua untuk mengubati penyakit darah tinggi. Petua ini adalah petua tradisional. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal..InsaAllah..
 
Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan.
 
Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.
 
Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.
 
Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
 
Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
 
Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.
 
Petua 7: Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.
 
Petua 8: Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.
 
Petua 9: Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.
Kesan daripada pemgambilan ubat darh tinggi secara tidak langsung boleh melemahkan nafsu syahwat seseorang lelaki.