Thursday 19 November 2015

Petua Menahan Pancutan Air Mani

 

Saya percaya sebahagian daripada lelaki/suami di luar sana pasti ada mengalami air mani cepat terpancut apabila mengadakan hubungan seks suami isteri. Sindrom yang memalukan ini jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan isteri anda memendam rasa akibat tidak merasa puas dan nikmat semasa hubungan kelamin.

Apa yang anda boleh lakukan ialah menarik nafas panjang sewaktu air mani tersebut ingin keluar. Latih dan lakukan perkara ini berulang-ulang kali sehingga anda berjaya. Latihan pernafasan ini jika diamalkan selalu InsyaAllah dapat membantu anda lebih tahan lama sewaktu di ranjang.
Bersama-sama ini ada beberapa petua orang-orang lama dalam menjaga zakar supaya lebih sihat, kuat dan mantap :

  • Elakkan membuang air besar dan air kecil pada waktu yang sama. Ketika hendak membuang air besar tariklah nafas dan air kecil hendaklah ditahan.
  • Ketika mahu makan pula, biasakan diri dengan mengepal nasi sebesar ibu jari anda lalu menelannya.
  • Sewaktu hendak minum air, elakkan menghembuskan nafas ke dalam gelas minuman air. Tahan nafas tersebut dan ini dapat membantu anda agar tidak berasa lelah ketika mengadakan hubungan seksual kelak.
  • Bagi mereka yang gemar makan ayam goreng, elak-elakkanlah dari mengambil bahagian kepak ayam. Ini boleh melemahkan prestasi zakar anda.
  • Cuba hindarkan makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk atau pun disejukkan kerana ia boleh mengakibatkan zakar menjadi lemah dan mudah terpancutnya air mani.