Malam pertama seharusnya menjadi rasa
paling indah bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, didapati perasaan
takut, cemas, khuatir, malu dan gugup menjadi antara penyebab wanita
tidak dapat menikmati sepenuhnya keasyikan malam pertama mereka.
Berbeza dengan lelaki yang menjadikan
malam pertama sebagai ‘gelanggang’ untuk membuktikan kejantanan mereka,
wanita hanya mampu ‘berserah’. Biarpun rela, namun perasaan takut yang
menguasai diri menjadi penyebab berlakunya penolakan sewaktu proses
penetrasi berlangsung. Kesannya, si isteri mengalami kesakitan sehingga
berasa trauma untuk mengulangi fasa percintaan sekali lagi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui
bahawa ketidaksediaan seseorang wanita dalam menjalin hubungan intim
boleh menyebabkan otot-otot di sekeliling vagina mengejang.Bukan itu
sahaja, cairan vagina turut mengering dan saraf-saraf menjadi sangat
sensitive sehingga wanita tidak bersedia menerima penetrasi.
Selain itu, rasa sakit sewaktu
berhubungan intim juga boleh terjadi disebabkan oleh tindakan pasangan
yang terlalu ghairah mencuba pelbagai variasi hubungan seksual yang
dirasakan sangat menyeronokkan. Tanpa sedar, keterujaan tersebut
menyebabkan vagina pasangan terkoyak sehingga pendarahan serius berlaku.
Situasi ini juga turut sama berlaku kepada pasangan yang kerap menjalinkan hubungan intim.
Meskipun pasangan bersedia dan tidak
mengalami masalah lubrikasi namun, kesan sakit pasti akan dirasai setiap
kali menjalinkan hubungan intim. Bagaimanapun, usah bimbang kerana
sekiranya anda memberikan sedikit masa pada tubuh, ia akan sembuh secara
semula jadi.
Realitinya, seks pada malam pertama
tidak selamanya menyakitkan. Jika dilakukan dengan teknik dan cara yang
betul, rasa sakit yang dialami akan berubah menjadi sesuatu yang lebih
‘indah’ dirasai.
BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA SAKIT??
Rasa sakit sewaktu melakukan hubungan
intim sebenarnya boleh dikurangkan jika kedua-dua pihak saling memahami.
Sebagai isteri, anda berhak menyuarakan pendapat meminta pasangan
supaya tidak tergesa-gesa melakukan penetrasi.
Bagi mendapatkan kepuasan hubungan intim
yang maksimum,aturlah posisi permainan yang selesa dan menyeronokkan.
Mulakan dengan aktiviti foreplay (pemanasan) ringan seperti memeluk,
mencium dan mengurut.
Langkah sebegini secara tidak langsung
membantu wanita menjadi lebih tenang, relaks dan mudah teransang. Selain
itu, cara ini juga dikatakn dapat membantu mempercepatkan pengeluaran
cairan lubrikasi sekali gus memudahkan proses penetrasi.
INFO MALAM PERTAMA:
1.SELAPUT DARA BUKAN BUKTI KEPERAWANAN
Pecahnya hymen (selaput dara) saat
menjalin hubungan intim malam pertama pada kebanyakkan wanita lazimnya
dilihat melalui keluarnya darah dari liang faraj. Bagaimanapun tanggapan
ini tidak boleh diterima pakai kerana bukan semua wanita akan mengalami
situasi yang sama pada malam pertama mereka.
2.CEPAT MENGALAMI EJAKULASI
Bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya
lelaki cepat mengalami ejakulasi pada malam pertama mereka. Keadaan ini
berlaku disebabkan mereka berasa teruja sehingga mengalami ghairah
seksual yang tinggi dan sukar dikawal.