Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2015 yang bermula sejak
semalam hingga Ahad ini telah menyebabkan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Putrajaya bermandi cahaya yang sungguh menakjubkan.
Festival yang bermula jam 7.30 malam dan tamat jam 12.00 tengah malam itu berlansung di Dataran Putrajaya, Presint 3 dihadiri oleh ramai orang untuk menyaksikan kemeriahan festival berkenaan.
Festival yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan ini menyediakan pertunjukkan "Projection Mapping" di mana lakaran cahaya 3D yang dipancarkan ke bagunan Istana Kehakiman paling manarik tumpuan pengunjung.

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr
Loga Bala Mohan serta dihadiri Presiden PPj Datuk Hasim Ismail.
Antara aktiviti lain yang berlangsung sempena LAMPU 2015 adalah persembahan Tron Dance; nyanyian jalanan; permainan pencahayaan kreatif dan beca bercahaya selain pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi.

Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang
sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia, antaranya Festival Cahaya
Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin dan festival
cahaya terkemuka Eropah, Matters.