Friday 20 November 2015

Pecah Dara dan Kepentingan Dara Bagi Wanita

 


Bagi masyarakat wanita Melayu, nilai dara itu amat tinggi bagi mereka hinggakan hilangnya dara sebelum berkahwin dianggap sebagai satu malapetaka dan besar kemungkinan akan timbulnya konflik didalam rumah tangga ataupun tidak ada yang mahu memperisterikannya.
 
Wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkan level harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya. Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.

APAKAH ITU DARA
 
Dara ataupun hymen merupakan satu selaput/membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina. Membran tipis ini selalunya mempunyai lubang di tengahnya agar darah haid boleh keluar ataupun dimasuki oleh penis ketika berhubungan seks.
 
APAKAH ITU PECAH DARA
 
Istilah pecah dara sering digunakan oleh masyarakat umum untuk menggambarkan perdarahan vagina yang berlaku ketika pertama kali wanita melakukan hubungan seks. Seperti gambaran dara di atas, dara itu mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Masukknya penis ke dalam vagina bukan beerti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut untuk memberi laluan kepada penis yang mempunyai diameter lebih besar dari selaput dara tersebut.
 

SAKITKAH KETIKA PECAH DARA
 
Rasa takut sakit sering menghantui wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).
 
Yang menyebabkan rasa sedikit sakit itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan penis buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila penis masuk, sedikit regangan akan berlaku.
 

DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
 
Ada kemungkinan untuk selaput dara koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal dan sebagainya.
 

APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA

Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.

Trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.