Sunday 1 November 2015

Lelaki Amal Pakai Kasut Seberat 70 Kilogram Untuk Kekal Sihat


Seorang lelaki dari Sichuan, China berusia 55 tahun tidak perlu menghabiskan wangnya untuk ke gimnasium untuk kekal sihat sebaliknya hanya berjalan dengan memakai kasut seberat 70kg setiap hari.

Beliau yang dikenali sebagai, Huang Baoquan yang menetap di sebuah perkampungan kecil di pedalam Sichuan akan memakai kasut berkenaan dan berjalan sebagai senaman.

Huang berkata, dia telah melakukan rutin senaman yang sama setiap pagi selama lebih 30 tahun.

"Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah," katanya dipetik People Daily Online.

Beliau dikatakan akan berjalan sejauh 200 meter setiap hari dengan memakai aksut seberat 70 kg berkenaan smbil memegang pemberat.

Rutin harian yang dilakukan Huang menarik perhatian ramai dan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut berkenaan setakat ini malah seorang lelaki patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut.