Saturday 21 November 2015

Cara Menghilangkan Perut Buncit

Petua Menghilang Perut Buncit

 
Kali ini saya ingin berkongsi rahsia menghilang perut buncit. Saya juga mengalami situasi ini beberapa tahun lepas perut kelihatan buncit atau dengan kata lain boyok. Tapi alhamdulillah kini tiada lagi nak tahu rahsianya..nanti dulu.. Kalau lelaki tak kisah sangat..abis kuat orang akan cakap bunting gajah ler, banyak makan suap ler tapi ada juga wanita yang suka lelaki perut buncit katanye ‘mancho’.. kalau wanita pula perut buncit kawan-kawan akan tegur ‘;hai kau ni mengandung lagi ke…dah berapa bulan..tak ke bengang ..he he kalau betul mengandung tak kisah..malu-malu mana nak letak muka…panasss.


Wanita Perut Buncit Bukan Sebab Mengandung Tapi Faktor Pemakanan

Bagi yang mempunyai masalah perut buncit mungkin terasa bosan apabila memakai baju,bila melihat perut kelihatan terlebih kehadapan.Tidak dapat memakai baju mengikut bentuk badan.Rasa cemburu dengan mereka yang memiliki perut tidak buncit dan cantik.Di sini terdapat Tips Menghilangkan Perut Buncit agar kelihatan lebih cantik, handsome dan menarik.
 
1) Pengambilan makanan yang betul
 
Untuk memiliki perut yang menarik,kita boleh mengamalkan pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian,kerana ia dapat membantu kita untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul seperti makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks,serat,vitamin dan mineral,protein,ikan dan sayuran berdaun hijau.

2) Jangan mengambil makanan ringan

 
Untuk yang mahu menghilangkan masalah perut buncit, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya akan membawa kepada kandungan kalori yang tinggi.Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak.


3) Jangan makan pada lewat malam
 
Ini merupakan penyumbang utama perut buncit. Elakan makan di waktu tengah malam.Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana itu merupakan masa tidur,proses pembakaran akan berhenti. Selain itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut.


4) Kurangkan minuman bergula dan soda
 
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha menghilangkan perut buncit.Kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan amalkan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter,iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

5) Melakukan senaman kardio

Senaman ini sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan masalah perut buncit,senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Lakukan senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian anda.




Bagi mengatasi masalah di anda boleh mencuba :

S Body Cream

SBody Cream (SBC) telah dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih untuk merangsang proses lipolisis iaitu proses pemecahan sel-sel lemak dan selulit. Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

SBody Cream bukan sahaja untuk membakar lemak anda, ia membantu membentuk badan anda, menghasilkan enam pek anda (pembina badan), menghilangkan selulit dan stretch mark.